Tuesday, May 25, 2010

PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Monday, May 24, 2010

SIFAT SIFAT MAHMUDAH

1-TAUBAT
2-TAKUT AKAN ALLAH
3-KASIH AKAN ALLAH
4-ZUHUD
5-SABAR
6-SYUKUR
7-IKHLAS DAN BENAR
8-TAWAKAL
9-REDA DENGAN QADAK ALLAH SWT
10-MENGINGATI MATI

TAUBAT:
Keazaman untuk meninggalkan segala dosa2 besar,melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat (qasad) untuk tidak mengulanginya. Firman Allah swt yg bermaksud; Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin,semoga kamu mendapat kemenangan. 'Hamba Allah yang menderhaka atau berdosa,jika dia bertaubat dan memperbanyakkan amalan soleh, nescaya taubatnya diterima Allah swt.

TAKUT AKAN ALLAH
Apabila seseorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat2 Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. Firman Allah swt maksudnya; Sesungguhnya orang paling takut kepada Allah ialah hambaNya yang berilmu(ulama). Dengan adanya perasaan takut terhadap Allah ini,akan membantu seseorang muslim dan mukmin itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan segala perbuatan mungkar.

KASIH AKAN ALLAH
Kasih akan Allah itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullsh saw. Firman Allah: Jika kamu benar2 mencintai Allah, ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa2 kamu.Allah maha penganpun lg maha penyayang.Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yg lain akan melahirkan jiwa insan yang benar2 cintakan agama dan sanggup berjuang (jihad) dijalan Allah

ZUHUD
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik. Tanda2 Zuhud ialah:
1-tidak terlalu gembira bila mendapat sesuatu dan pula tidak terlalu sedih bila kehilangan
sesuatu
2-sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela
3-sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat
kebaikan

SABAR
Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali oleh oang yg kuat imannya dan tabah menghadapi segala keadaan.Misalnya sabar atas ketaatan seperti mengerjakan solat,mengeluarkan zakat, berpuasa dan sebagainya. Firman Allah maksudnya: dan kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yg bersabar itu pahala,menurut apa yg telah mereka kerjakan.Di samping itu sabar dalam menjauhi maksiat juga diutamakan seperti menjauhi sifat sombong,mengumpat,bercaka sia2 dan lain2.

SYUKUR
Firman Allah maksudnya: maka ingatilah aku,nescaya aku akan mengingatimu.dan syukurilah nikmatku dan jangan sesekali kamu kufur(lupa). Syukur itu meliputi ilmu,amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dgn mengenal Allah swt menerusi nikmatNya. Amalan adalah melaksanakan suruhanNya.Suasana pula menimbulkan kegembiraan atas nikmat yg dikecapi.

IKHLAS DAN BENAR
Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas.Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan nafsu dan kasih akan dunia. Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan,tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah.Benar pula meliputi :
1-Benar dalam menepati janji
2-Benar dalam perkataan
3-Benar dalam niat dan kehendak
4-Benar dalam keazaman
5-Benar dalam amalan

TAWAKAL
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dangan usaha. Firman Allah maksudnya: Apabila kamu berazam,(bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.

REDA DENGAN QADAK ALLAH
Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin.Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa-apa sahaja ketentuan yang berlaku. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencapai maqam atau tingkatan iman yang sebegini tinggi. Namun dengan didikan rohani yang bersungguh, lambat-laun sifat murni ini akan dapat dimiliki juga. Firman Allah SWT: Maksudnya: Allah telah reda akan mereka,dan mereka pula reda dengan Allah,itulah sifat orang yang takut akan Tuhannya.

MENGINGATI MATI
Sifat mahmudah yang akhir menurut Iman al-Ghazali ialah sentiasa mengingati kematian. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud: " Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana." Firman Allah SWT: Maksudnya: Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan. Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.